Friday, October 28, 2011

THINKING SKILLS & ICT (MINGGU 3-4)




KEMAHIRAN BERFIKIR

Maksud-kecekapan seseorang menggunakan akal dalam menjalankan proses berfikir iaitu dalam menyusun                                               
              maklumat,menentukan konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan 
             dengan cara yang betul.

Konsep berfikir pada pandangan ahli falsafah:-
  • Dewey (1910)- pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah timbul.Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
  • Edward De Bono 1976- kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk selesaikan masalah dalam situasi tertentu.
Kemahiran berfikir mempunyai 2 kategori iaitu:
  • kemahiran berfikir secara kritis
  • kemahiran berfikir secara kreatif
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

  • Maksud - kecekapan atau keupayaan seseorang berfikir untuk menentukan sesuatu idea,menilai kemunasabahan,meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah dengan adanya bukti.
  • Contohnya- dapat membezakan dan perbandingan, membuat kategori,meneliti bahagian kecil dan keseluruhan,membuat turtan mencari sumber yang boleh dipercayai,membuat ramalan,mengusul periksa andaian dan buat inferens.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

  • Maksud - kebolehan seseorang untuk mencipta,menghasilkan, memperkembangkan sesuatu idea
  • Contoh - mencipta analogi dan menjana dan menghasilkan idea yang baru
OBJEKTIF KEMAHIRAN BERFIKIR
  • dapat mengetahui kemahiran berfikir dengan mantap
  • mengaplikasikan kemahiran menyoal atau peta minda
  • mengaplikasikan dalam matapelajaran
  • dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap
PROSES BERFIKIR
  • Kognitif - kemahiran yang digunakan setiap hari sperti mengelas membanding, membuat urutan
  • metakognitif - operasi mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia diantara komponen-kompenen berfikir.


Information And Comunications Technology (ICT)


  1. Maksud - teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu pelajar dalam sesuatu bidang.
  2. Pelajar menggunakan ICT untuk mencari,menganalisis,mengintegrasikan, dan mensintesiskan maklumat serta berupaya menyelesaikan masalah secara kreatif dan efektif.
  3. ICT adalah pengkalan data yang akan merangkumi aspek perhubungan dan keperluan pelajar dalam mengejar era globalisasi.
  4. ICT adalah suatu metadologi peralatan perisian yang terlibat dalam poses penjanaan,pemprosesan,penyebaran,dan menyimpan maklumat
  5. ICT sangat penting dalam sistem pendidikan terutamanya :-
                   * sistem pendidikan terbuka (open learning)
                   *sistem pendidikan jarak jauh (distance learning)
                   *sistem pendidikan secara talian (online or electronic learning)

PERANAN ICT

  • sebagai alat bantuan
  • alat alternatif kepada kekurangan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar
  • kemudahan infrastuktur yang lebih fleksible
DUA KEPERLUAN ASAS YANG PERLU ADA UNTUK PENGGUNA ICT

menurut Laisen (1998) dan Kholi (1990)

  1. keperluan teknikal - meliputi aspek reka bentuk dan kegunaan perisian,penyelidikan dan pembangunan,pengurusan,penulisan laporan dan sebagainya.
  2. keperluan pengguna - aspek memahami keperluan dan permintaan pengguna,nilai dan norma masyarakat, keserasian dari aspek sosial,budaya dan polotik semasa serta memahami isu-isu setempat dan global.
Contoh yang dapat dilihat yang lebih jelas lagi, adalah semasa kelas komputer dalam pendidikan.Hal ini kerana saya dan rakan-rakan lain perlu berfikiran kreatif dan kritis serta perlu mengeksploi tentang ICT.Saya dan rakan-rakan perlu berfikir ars tinggi untuk menyelesaikan tugasan dengan menggunakan ICT yang sepenuhnya contohnya, pendaftaran blog,yahoo group,mengeksploi sistem maklumat pelajar (LMS), tajuk ini sendiri iaitu "thinking skill and ict" ,mengeksploi google book,scholar, buat survay monkey, membuat data SPSS dan asigment seterusnya.

Banyak pengetahuan saya perolehi melalui kelas komputer dalam pendidikan kerana sebelum ini saya tidak pernah mengeksploi seperti ini.Dan saya bersyukur sangat dengan ilmu yang saya perolehi ini akan saya memanfaati pada masa akan.





No comments:

Post a Comment