Assalamualaikum,
Subjek komputer dalam pendidikan adalah subjek yang wajib diambil oleh pelajar tahun 1 di fakulti pendidikan.Pada minggu pertama kelas komputer dalam pendidikan tiada tetapi kelas lain berjalan seperti biasa.Saya dan kawan kawan yang lain perlu mendaftar nama untuk mendaftar kumpulan pada papan kenyataan di bilik pensyarah.Saya telah memilih hari khamis untuk menyertai kelas komputer dalam pendidikan iaitu "GROUP S1K3" yang dipimpin oleh Dr Siti Fatimah.Kumpulan ini mempunyai 23 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari program pendidikan khas termasuklah saya.
Pertama sekali saya ingin berkongsi pengalaman saya belajar dalam kumpulan s1k3 yang dipimpin oleh Dr Siti Fatimah sebagai ketua koordinator.Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang mengikuti kelas komputer dalam pendidikan.Saya berharap saya dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam kalangan ahli kumpulan dan dapat menyelesaikan semua tugasan yang deberikan oleh Dr Siti Fatimah walaupun tugasan yang diberikan sukar dilakukan.Pada hari pertama saya mengikuti kelas komputer dalam pendidikan saya perlu memilih kawan untuk menjadi ahli kumpulan untuk berbincang asigment yang akn diberikan akan datang.Saya dan rakan-rakan yang lain juga telah diberikan tugas seperti membuka akaun facebook,facebook group,akaun yahoo,yahoo group,akaun gmail dan blog.Minggu kedua pula telah diberikan tugasan berkaitan perbezaan antara yahoo group dan yahoo mail.Pada minggu ini juga saya dan kumpulan kena membincangkan tentang CMS/LMS.Pada minggu berikutnya saya dan kumpulan telah memilih tajuk thinking skills & ict serta minggu berikutnya.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment